Saturday, August 7, 2010

Ramadhan menjelma, ayuh turunkan berat badan

Aha...insyaallah mulai Rabu, 11 Ogos 2010 umat Islam di Malaysia (dan mungkin seluruh dunia) akan mula menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana dipanjangkan usia untuk terus menikmati, merasai, melalui dan merebut nikmat Ramadhan Al Mubarak 1431 Hijrah. Memandangkan pada tahun ini, pada bulan ini, berat badanku dah mencapai paras warna merah maka daku harus melakukan sesuatu secara serius dan istiqamah iaitu MENURUNKAN BERAT BADAN.

10 tahun yang lalu, aku memiliki badan yang comel jer. Aku kurus. 47kg dengan ketinggian 160cm. Wow! Hebatkan? Tapi itu 10 tahun yang lalu. Sekarang ini ketinggian masih sama. Cuma ada sedikit (ye ker?) perubahan pada angka timbangan. Kali ini aku nekad. Melalui Ramadhan dengan niat mencari pahala sebanyak mungkin (insyaallah) dan pada masa yang sama menurunkan berat badan. Semoga dengan perancangan yang jitu, dengan kesungguhan yang ada pada masa ini akan ku pastikan matlamat menurunkan berat badan sebanyak 5kg sepanjang Ramadhan dicapai. Insyaallah.

Saya dah berazam. Anda bagaimana?

Dipos pada 7 Ogos 2010 7.23 malam. Nak maghrib sudah. Jom solat.

No comments:

Post a Comment