Sunday, August 8, 2010

Ahad...8 Ogos

Apesal tajuk posting hari ni pasal tarikh? Jawapannya adalah "eh-eh inikan aku punya blog. suka hati la nak letak tajuk aper" tak gitu? Hahaha....mesti la gitu. Sebenarnya hari ni takde idea nak tulis pasal apa. Ahaaa...apa kata citer pasal binatang peliharaan kesayanganku? Ok. Begini kisahnya.

Daku dan abang ada membela seekor kucing. Betina. Nama beliau adalah Mawar Chica atau nama manjanya chica. Chica ni sangat comel, sangat cerdik dan segala bagai sangat lagilah. Chica adalah pengubat hati jiwa lara daku dan abang. Kami sangat sayangkan Chica. Ada sekali tu Chica hilang. Wah! Separuh nyawaku pergi masa chica hilang. Walaupun abang nampak macam cool dan tak heran chica hilang tapi daku tau. Abang sebenarnya susah hati gak chica hilang. betul tak abang? Alaaa...ngaku jer la. Bukan ada orang tau pun selain ayang. Hehehe. Lepas kehilangan chica selama sejam tu daku sedar bahawasanya.....ha tu dia. Guna perkataan bahawasanya tau. Jangan main-main dengan chek. Okla. Bahawasanya daku dan abang sayangkan Chica. Kalau sebelum ni aku agak suka hilang sabar, suka marah-marah chica kalau dia buat perangai, kadang-kadang malas nak bagi Chica makan, tapi lepas kejadian tu dah taubat. Taknak marah-marah chica lagi. Sesungguhnya chica amat bergantung hidup dengan daku dan abang. Chica tak pandai cari makanan sendiri kat luar, dengar guruh pun takut. Dengar orang gerudi pun dia takut. Jadinya hanya daku dan abang tempat Cbergantung sekarang.

Hari ni Chica pergi rumah mummy hazel a.k.a mak angkat dia. Merangkap mummy kepada abang Mok. Biar la chica pergi jumpa abang Mok sat. Biar dia main-main kat sana. Kesian Chica asyik dok dalam rumah saja. Takde kawan kucing nak mengadu dan bermain-main serta bermesra. Tengok la. Esok atau lusa kena pergi ambil dia kat sana. Mana boleh biar Chica lama-lama kat rumah mummy hazel. Nanti dia lupakan daku dan abang plak. Ishhh....tak boleh tahan.

Entry hari ni panjang sikit. Saja merepek sebagai tanda betapa daku dan abang bersyukur kerana kami diberi peluang untuk jaga Chica....seekor kucing. Takpe la kan. Tajuk entry tak sama dengan isinya. Hahaha....besa la. Blog sendiri kan? Wakakaka.

Oh yaa...entry ni ditulis selepas aku bersenam. Adoii la. Demi matlamat untuk menurunkan berat badan, daku mesti berdisiplin. Jadinya dari semalam dah mula buat pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh. Yeahhh... semoga ada hasil dan ganjaran yang baik nanti. Tapi tak pasti la berapa kalori yang dibakar. Bantai ja. Boleh berjaya ke?

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment