Sunday, August 8, 2010

Ahad...8 Ogos

Apesal tajuk posting hari ni pasal tarikh? Jawapannya adalah "eh-eh inikan aku punya blog. suka hati la nak letak tajuk aper" tak gitu? Hahaha....mesti la gitu. Sebenarnya hari ni takde idea nak tulis pasal apa. Ahaaa...apa kata citer pasal binatang peliharaan kesayanganku? Ok. Begini kisahnya.

Daku dan abang ada membela seekor kucing. Betina. Nama beliau adalah Mawar Chica atau nama manjanya chica. Chica ni sangat comel, sangat cerdik dan segala bagai sangat lagilah. Chica adalah pengubat hati jiwa lara daku dan abang. Kami sangat sayangkan Chica. Ada sekali tu Chica hilang. Wah! Separuh nyawaku pergi masa chica hilang. Walaupun abang nampak macam cool dan tak heran chica hilang tapi daku tau. Abang sebenarnya susah hati gak chica hilang. betul tak abang? Alaaa...ngaku jer la. Bukan ada orang tau pun selain ayang. Hehehe. Lepas kehilangan chica selama sejam tu daku sedar bahawasanya.....ha tu dia. Guna perkataan bahawasanya tau. Jangan main-main dengan chek. Okla. Bahawasanya daku dan abang sayangkan Chica. Kalau sebelum ni aku agak suka hilang sabar, suka marah-marah chica kalau dia buat perangai, kadang-kadang malas nak bagi Chica makan, tapi lepas kejadian tu dah taubat. Taknak marah-marah chica lagi. Sesungguhnya chica amat bergantung hidup dengan daku dan abang. Chica tak pandai cari makanan sendiri kat luar, dengar guruh pun takut. Dengar orang gerudi pun dia takut. Jadinya hanya daku dan abang tempat Cbergantung sekarang.

Hari ni Chica pergi rumah mummy hazel a.k.a mak angkat dia. Merangkap mummy kepada abang Mok. Biar la chica pergi jumpa abang Mok sat. Biar dia main-main kat sana. Kesian Chica asyik dok dalam rumah saja. Takde kawan kucing nak mengadu dan bermain-main serta bermesra. Tengok la. Esok atau lusa kena pergi ambil dia kat sana. Mana boleh biar Chica lama-lama kat rumah mummy hazel. Nanti dia lupakan daku dan abang plak. Ishhh....tak boleh tahan.

Entry hari ni panjang sikit. Saja merepek sebagai tanda betapa daku dan abang bersyukur kerana kami diberi peluang untuk jaga Chica....seekor kucing. Takpe la kan. Tajuk entry tak sama dengan isinya. Hahaha....besa la. Blog sendiri kan? Wakakaka.

Oh yaa...entry ni ditulis selepas aku bersenam. Adoii la. Demi matlamat untuk menurunkan berat badan, daku mesti berdisiplin. Jadinya dari semalam dah mula buat pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh. Yeahhh... semoga ada hasil dan ganjaran yang baik nanti. Tapi tak pasti la berapa kalori yang dibakar. Bantai ja. Boleh berjaya ke?

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum

Saturday, August 7, 2010

Ramadhan menjelma, ayuh turunkan berat badan

Aha...insyaallah mulai Rabu, 11 Ogos 2010 umat Islam di Malaysia (dan mungkin seluruh dunia) akan mula menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana dipanjangkan usia untuk terus menikmati, merasai, melalui dan merebut nikmat Ramadhan Al Mubarak 1431 Hijrah. Memandangkan pada tahun ini, pada bulan ini, berat badanku dah mencapai paras warna merah maka daku harus melakukan sesuatu secara serius dan istiqamah iaitu MENURUNKAN BERAT BADAN.

10 tahun yang lalu, aku memiliki badan yang comel jer. Aku kurus. 47kg dengan ketinggian 160cm. Wow! Hebatkan? Tapi itu 10 tahun yang lalu. Sekarang ini ketinggian masih sama. Cuma ada sedikit (ye ker?) perubahan pada angka timbangan. Kali ini aku nekad. Melalui Ramadhan dengan niat mencari pahala sebanyak mungkin (insyaallah) dan pada masa yang sama menurunkan berat badan. Semoga dengan perancangan yang jitu, dengan kesungguhan yang ada pada masa ini akan ku pastikan matlamat menurunkan berat badan sebanyak 5kg sepanjang Ramadhan dicapai. Insyaallah.

Saya dah berazam. Anda bagaimana?

Dipos pada 7 Ogos 2010 7.23 malam. Nak maghrib sudah. Jom solat.

Salam permulaan

Assalamualaikum wbt.
Bersyukur kepadaNya kerana daku dipanjangkan umur untuk terus bernafas dan memakmurkan bumi Allah ini.

Sebagai permulaan, taknak la letak entry panjang-panjang. Cukup sekadar mengucapkan syukur kepadaNya kerana entah macam mana tiba-tiba saja hati ini digerakkan untuk membuka blog. Tujuan blog ini dibuka masih kabur. Kita tengoklah apa yang akan dipost kat sini nanti. Boleh tak cakap camtu?  Ala...boleh la kan. Blog sendiri, sendiri punya suka la nak buat apa.

Cukup la dulu sebagai permulaan. Nanti ada idea post lagi entry baru.

7/8/2010 6.55PM waktu Malaysia